Kelestarian

Tinjauan

Mencipta masa depan yang mampan dan inklusif

PNB mengiktiraf bahawa masa hadapan dibentuk hasil tindakan yang dibuat pada hari ini dan komited sepenuhnya untuk mencipta masa hadapan mampan dan inklusif yang memberi faedah bukan hanya kepada pihak berkepentingan tetapi juga kepada komuniti yang disantuni.

Dasar Kelestarian PNB

Ke Arah Masa Depan Sifar Bersih

Di PNB pendekatan kami terhadap kelestarian adalah berdasarkan lima prinsip teras

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

Penyertaan PNB dalam Gabungan dan Inisiatif Industri Berkaitan ESG

Partnership for Carbon Accounting Financials

  • Sebagai organisasi yang selaras dengan matlamat Sifar Bersih, kami komited untuk mengukur dan mengurangkan pelepasan yang dibiayai daripada aktiviti pelaburan kami.
  • Melalui penyertaan kami dengan PCAF, kami berharap dapat memanfaatkan platform kolaboratif ini untuk memperdalam pengetahuan institusi kami bagi membolehkan kami mengukur pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang dibiayai dengan tepat.
  • Pada masa yang sama, kami menyokong inisiatif lebih luas PCAF dalam mendorong penyelarasan metodologi perakaunan GHG, yang merupakan asas penting untuk ekonomi beralih ke arah rendah karbon.

Principles for Responsible Investment

  • Sebagai pengawas modal yang bertanggungjawab, PNB terus fokus untuk mengintegrasikan pertimbangan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam amalan pelaburan kami.
  • Dengan menyertai rangkaian ini, kami berharap dapat membina rangkaian kenalan yang luas sesama para pelabur dan pakar yang menyokong inisiatif ESG serta untuk mengakses pangkalan ilmu yang dapat membantu kami mempercepatkan perjalanan integrasi ESG kami.
  • Selain itu, kami juga berhasrat untuk menyumbang kepada usaha kolektif PRI ke arah penyeragaman amalan pelaburan lestari dan membangunkan ekosistem yang lebih mantap untuk memajukan agenda kelestarian iklim dan sosial.

ESG Data Convergence Initiative

  • Pada tahun 2013, PNB menjadi ahli EDCI, usaha kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan ekuiti persendirian untuk memacu ketelusan dan penyeragaman pendedahan ESG.
  • EDCI mengumpulkan Rakan Kongsi Am, Rakan Kongsi Terhad dan Pengurus Pelaburan untuk membangunkan pangkalan data dan memberi pendedahan berkaitan ESG daripada syarikat swasta. Akses kepada maklumat ini dapat membantu PNB dalam meningkatkan ketepatan pengiraan pelepasan yang dibiayai GHG dan pada masa yang sama menggalakkan piawaian pelaporan hal-hal ESG yang lebih kukuh dalam industri.
10 Komitmen ESG

Rangka Kerja Kelestarian kami membantu untuk mempertingkatkan dan melindungi nilai yang dicipta untuk pihak berkepentingan sambil memenuhi aspirasi kelestarian kami. Sepuluh komitmen kami di bawah teras Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus juga sejajar dengan inisiatif global untuk keamanan dan kemakmuran menjelang 2030 menerusi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG).